Thursday, May 5, 2011

HULU PERAK JUARA CATUR PERINGKAT NEGERI PERAK 2011

Dari tempat kesembilan pada tahun 2010, Hulu Perak mengejutkan ramai pihak kerana muncul sebagai JUARA catur peringkat negeri Perak 2011. Tahniah !! diucapkan kepada Khor Boon Han ( MRSM GERIK) dan Hasmee Azizi ( MRSM Lenggong) kerana menyumbangkan pingat EMAS buat pertama kali dalam sejarah HULU PERAK.  Adik beradik Chong ( SK Kuala Rui dan SM Batu 4) yang menyumbangkan perak dan gangsa. Fatin (MRSM Lenggong) juga mendapat gangsa. Kegembiraan ini dikongsi bersama Haji Zul (PPTS catur) , Cikgu Husaini (pengurus), Cikgu Mahadi(jurulatih), Ustaz Hazmi (jurulatih), Cikgu Fendi  (jurulatih),Cikgu Wan , Cikgu Zamzuri, Cikgu Raja dan guru-guru Kontigen.